Saturday 21 January 2012

Wa kena beb !

Assalamualaikum,

Hai, harap semua sihat. eheh:) Hari ni aku nak cite pasal wa kena tutt ( bukan kena kentut okay ). Beberapa hari yang lepas iaitu pada hari Ahad sebelah malamnya, aku dikejutkan oleh kawan-kawan sekelas aku. Kenape ek dorang kejutkan aku? Haha.. sekelas lagi tu = ='

Cer cite cer cite, ok ok fine cite dia macam ni

Aku macam biasa la Hari Ahad kan, hujung minggu, dok lemah badan nak balik hostel. Aku balik tu dalam jam 7 lebih gitu la..dalam aku syok-syok layan lagu dalam kete, tetibe nset berbunyi ai yai yai ( bukan ringtone sebenar ) . Rupanya kawan aku call, Jac, classmate aku. Aku pun jawab la.

Aku : Helo, ya Jac.
Jac  : Beds, kau di mana ?
Aku : Aku dalam perjalanan balik hostel ni. Kenapa ? ( slank Sabah, maklumlah Jac Sabahan )
Jac : Kau tahukah ada perjumpaan untuk bincang tugasan Puan Chandrawati jam 8 nanti ?
Aku : Oh, yaka? ( terkejut ). Okay2, tak lama lagi aku sampai la. Bawa apa jugak nanti ?
Jac : Bawa marker la, dan kertas A4 ya.
Aku : Ok !

Begitu la sedikit sebanyak perbualan aku dan Jac. Setibanya di maktab, aku bergegas la kan apatah lagi bila tengok Jac dah berjalan menuju ke astaka. Lepas simpan barang-barang, aku ambik marker & A4 seperti yang disuruh dan pergi ke astaka bersama rumet aku, Fatin. Tiba je kat ruangan padang situ, nampak suram la. 2, 3 minit pastu aku dikejutkan dengan nyanyian lagu hari jadi, dengan kek yang nampak agak comel. Aku memang terkejut la kan. Memang  tak sangka la dorang akan buat kejutan. Cuma lakonan dorang sedikit tak menjadi la..haha.

Tapi... lepas je aku potong kek tu, tiba-tiba.. datang sesuatu dari arah belakang aku, gedebussss ( bukan kena tumbuk ). Aku basah disirami air. Aku kena bandit laa wey. Haha. Bukan calang-calang air yang dorang guna tu. Air campuran downy, maggi mee dan macam-macam lagi yang aku tak tahu. Cuma yang jelas aku cuma dapat tengok mee yang cair-cair lekat kat lantai simen tu. uwekk= =' haha..

Aku memang hepi la malam tu walaupun basah terkena bandit. Aku nak ucap banyak-banyak terima kasih laa ( bukan sikit-sikit taw ) kat semua classmates aku. Aku sayang korang semua ! Fatin, Dewi, Mila, Jac, Beka, Wani, Kalsom, Halimah, Lala, Audrey, Nonny, Veronica, Wong, Tan, Chibi, Lee, Hon, Pang, Sandra, Vaeony, Zaeky & Qamarul.

Malam tu aku dapat kek, kad & hadiah dari rakan sekelas. Peace yaw ^_^

im lovin'it = ='

Kelas PPISMP PR 1611 (muka yang nampak nerd tu aku la haha)





0 comments: