Wednesday 30 May 2012

Dapat kakak ipar

Assalamualaikum,


Yepi semua..erm, pasti semua sedia maklum dengan tajuk entry aku di atas. Yeps, aku dah dapat kakak ipar setelah sekian lama hidup suka duka bersama abang-abang je...perasaan aku opcos la hepi bercampur baur dengan perasaan teruja...haha.sebenarnya abang aku berkahwin pada 4 Mei lepas dimana majlis akad nikah berlangsung pada pagi tu dan aku tak de di saat-saat tu sebab ada kelas..hu. Hari yang sama adalah ulangtahun bapak aku yang ke 50..tahniah kepada abang sulung yang tersayang iaitu Zamri, erm dah tamat pun zaman bujang bersama kakak Siti Hajar..Ha mesti nak tengok gambo kawen kan? tapi tak banyak...kalau nak tengok banyak, ce tengok kat kamera si kamera man kite pada hari tu..
bersama abang kedua dan rakannya
pengantin on the way ke pelaminan
Ha..sweet kan? ecehh..konfem korang rasa nak kawen kan? tak pun imagine korang pakai baju pengantin..haha takpe..tak salah pun.. sekarang tengok lak gambo-gambo aku dan sekeluarga having fun bersama kak ipar..
bersama mak & bapak tersayang

dan yang terakhir sekali..... 




Aisehmen..amacam? haha..sampai sini je aku bercerita ok..daa:)

Tuesday 29 May 2012

Kisah Sem 2

Assalamualaikum,


Hello semua, haa hari ni aku wat entry baru lagi, al maklumlaa cuti kan. Tak de bende nak buat so aku nak merapu la kat sini. Ce tengok balik tajuk entry aku kat atas, haa..KISAH SEM 2. Herm, baiklah aku akan bercerita la kat korang sepanjang aku berada di kampus untuk sem 2 yang lepas.


   Memang seronok la sem 2 kali ni tapi memang banyak cabaran berbanding sem 1. Ape yang mencabarnya?
Bak kata najwa latep " yang mencabar dirimu akal dan mindamu " aisehmen.. yala cemane x mencabarnya, banyak tugasan, asaimen, presentations, explorasi and many mores laa..kalau nak senaraikan memang tak tido sampai pagi esok la nampak gayanya. Banyak tanggungjawab yang aku pikul antaranya aku jadi ketua untuk Kelab Badminton ( kih3 ), memang tak jangka la aku akan pegang tanggungjawab yang sebegitu besar bagiku..aku nak ucap terima kasih la kat semua kengkawan yang percaya kat aku. Yang best, kelab tu semua pompuan yang conquer ( huahuahua )..dak2 laki semua laa merungut, asal kelab badminton tak ambik laki ek..haha. nasib laa..lecturer kelab ni paling best laa Encik Akhir sebab dia lawak dan berkaliber kot bagi aku..eheh..
Ha ni dia logo kelab badminton yang dicipta oleh P.A aku
    Dalam subjek BM akademik aku bersama beberapa orang kawan sekelas dan kumpulan kami diberi nama Kita Berkaliber. Aku sangat seronok dan senang bekerjasama bersama dorang..dan aku dipilih jadi ketua tapi bagi aku semua adalah ketua. Kumpulan ni ada 4 orang ahli termasuk aku dan ada seorang lelaki. Pasti aku amat merindui saat-saat membuat slide presentations yang kadangkalanya sehingga larut malam..haha :)
Kita Berkaliber ! Yeah ..
   Sem ni jugak aku dan kawan sekelas ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan. Jadi memang sangat berharga la tugasan seperti ni kerana dapat dijadikan pengalaman bagi guru-guru pelatih seperti aku untuk masa hadapan. Kali ni aku jadi ketua protokol pelajar bagi pelajar-pelajar junior..jadi tak banyak sangat tugasan, cuma menyambut kedatangan pelajar-pelajar yang datang sambil beri tentatif dan gula-gula ( lolipop la ) haha..jangan salahkan aku ok sebab bagi gigi pelajar situ rosak, aku sendiri pun tak tahu apa motif dorang bagi lolipop setiap kali ada perhimpunan..ish ish ish..
kih3
   Paling seronok sem ni kan, aku bawa rice cooker ( aisehmen seronok la sangat sampai kena sembunyi2 ) jadi makanan aku dan kawan2 dah upgrade la sikit..haha..aku dan 3 orang lagi kawan aku termasuk rumet aku berkongsi la untuk beli keperluan makanan kami..aku pulak jadi ajk mencuci pinggan. kih3..seronok ape keje cuci-cuci ni..part paling seronok kan bila aku dan kawan2 tengah menikmati hidangan, memang meriah la dengan ketawa nya, aksinya lagi..aish..haha sukar untuk diceritakan..takut lak warden asrama baca. hahaha..
lalala
   Haa sampai sini je kot cerita sem 2 ni..nanti aku sambung lagi kot2 ada cerita  yang aku tak mention..kih3..peace ^_^
ngeh3
     Gambar di atas masa explorasi BM kat The Spring Shopping Mall. eheh..daa:)