Saturday, 18 February 2012

Semalam punya cerita

Assalamualaikum,

Helo semua, hari ini aku nak bercerita pasal semalam. Semuanya pasal semalam, kenangan semalam, senandung semalam, hari ini dan semalam.. dan banyak  lagi la. ( melelat pulak budak ni )

Okey, ape yang berlaku semalam ? sebenarnya aku pun tak tahu ape yang berlaku semalam..kih3. Semalam aku dan classmates aku pegi makan bersama. Cehh, tu je pun kan = =' memang korang tak rasa la seperti yang aku rasa. Aku rasa sangat bahagia semalam, haha. okey fine skema. Aku dan classmates aku seramai 17 orang pegi makan dekat Hartz Chicken Buffet, Sarawak Plaza. Aku ape lagi, nang majoh mena-mena la tek. haha.. Sape tak faham, buat-buat faham je la ek. Aku kan Sarawakian, jadi korang kene la belaja sedikit-sebanyak bahasa aku ni. Bak kata pepatah kan, masok kandang lembu menguak, masok kandang kambing mengembek.Aisehmen, berfalsafah lak aku. 

Semalam memang fun la, kami semua dapat berkumpul, hang out sama-sama la kan..cuma ada 5 orang classmates tak dapat pergi. Dan yang paling menyeronokkan, mentor kami pun datang masa kami tengah syok-syok makan. Tak sangka Encik Zulkipli akan datang, dan dia duduk di sebelah aku masa makan tu. Kita orang pun sembang-sembang sambil makan, sempat juga bergambar, ape lagi makin meriah la satu restoran tu dengan hilai tawa kami semua. Lepas makan kami semua pegi jalan-jalan di waterfront, menghirup udara segar sambil makan aiskrim goreng. Sebelum tu kami terjumpa dengan seorang pelukis, Niki yang dikatakan terkenal la jugak. Dia pun lukis gambar classmates aku yang teruja lepas tengok hasil lukisan dia, tapi aku tak..haha..pastu kami just jalan-jalan then aku pun balik lepastu sebab family dah ambik masa tu. tu je la cerita aku pasal semalam yang akan aku kenang sampai bila-bila.. nikmati beberapa keping gambar di bawah yang sempat di"snap" = =' peace yo ^_^


Bersama mentor :)


me & friends ^_^



0 comments: